- JBS Terengganu
- Hits: 29
TAHNIAH KEPADA PASUKAN SEPANYOL ATAS KEMENANGAN 1-0 KE ATAS ARGENTINA
- JBS Terengganu
- Hits: 29
Tahniah kepada pasukan Sepanyol atas kemenangan 1-0 ke atas Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 menerusi jaringan Ferran Torres pada masa tambahan.
Ribuan terima kasih kepada kira-kira 2,500 penyokong yang bersama-sama memeriahkan Tayangan Skrin Besar Piala Dunia FIFA 2026 di Perkarangan Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu pada awal pagi 20 Julai 2026 .
Sorakan bergema setiap kali peluang tercipta, debaran dirasai pada setiap minit perlawanan dan kemeriahan jelas terpancar apabila wisel penamat dibunyikan, menandakan berakhirnya satu lagi edisi Piala Dunia yang cukup bersejarah. Semangat luar biasa yang dipamerkan membuktikan bahawa bola sepak terus menyatukan kita semua . Terima kasih atas kerjasama, disiplin dan sokongan padu sepanjang program berlangsung.
Semoga kenangan indah menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia bersama-sama ini akan terus terpahat dalam ingatan semua yang hadir . Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada sejarah dan kemeriahan program ini.
Jumpa lagi di program akan datang!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #PialaDunia2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
