- JBS Terengganu
- Hits: 40
KURSUS INSTRUKTUR KECERGASAN SENAMROBIK TAHAP 1 PERINGKAT KEBANGSAAN 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 40
KURSUS INSTRUKTUR KECERGASAN SENAMROBIK TAHAP 1 PERINGKAT KEBANGSAAN 2026
15 –19 Julai 2026
Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu
Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah menganjurkan Kursus Instruktur Kecergasan Senamrobik Tahap 1 Peringkat Kebangsaan 2026 yang menghimpunkan peserta daripada pelbagai agensi dan latar belakang yang telah mempunyai kursus sains sukan tahap 1.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, serta Encik Mohd Taher bin Kamil, wakil Cawangan Kecergasan Nasional.
Sepanjang lima hari kursus, peserta didedahkan dengan teori dan latihan praktikal meliputi teknik senamrobik, prinsip kecergasan, keselamatan serta kaedah pengendalian kelas secara profesional.
Semoga penganjuran kursus ini dapat melahirkan lebih ramai instruktur kecergasan yang kompeten dalam membudayakan gaya hidup aktif dan sihat selaras dengan aspirasi Malaysia Cergas.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
