- JBS Terengganu
- Hits: 31
LAWATAN PANEL PENILAI APBN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026 KE PREMIS PERTUBUHAN BELIA MBFM FELDA JERANGAU
- JBS Terengganu
- Hits: 31
LAWATAN PANEL PENILAI APBN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026 KE PREMIS PERTUBUHAN BELIA MBFM FELDA JERANGAU
DUNGUN, 17 Julai 2026 – Sesi Lawatan Panel Penilai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 bagi kategori Pertubuhan Belia telah berlangsung dengan jayanya di premis Pertubuhan Belia MBFM Felda Jerangau, Dungun, Terengganu.
Sesi lawatan ini diadakan setelah penilaian dokumentasi dan secara atas talian telah dibuat sebelum ini. Lawatan ini bertujuan untuk membuat pengesahan dari segi aspek tadbir urus pertubuhan, pengurusan kewangan, dokumentasi, projek inovasi, jaringan kerjasama strategik serta pencapaian MBFM Felda Jerangau dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan belia yang memberi impak positif kepada komuniti setempat.
Barisan panel penilai yang terlibat ialah Encik Muhammad Sherhan Nizam bin Abdul Aziz dan Encik Muhammad Saparuddin bin Yusup manakala, YBhg. Datuk Wira Johan Rozali Wathooth dan Encik Hasnata bin Hasan hadir secara atas talian.
Turut hadir sepanjang penilaian ini ialah Encik Shahruddin bin Ab Rahman, Pengarah Wilayah, FELDA Wilayah Terengganu, Puan Nurul Afifa Sofina Binti Azmi, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Mukhri bin Mamat, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu, Encik Mohammad Syahiran bin Annuar, Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Terengganu serta barisan kepimpinan komuniti setempat.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun, Majlis Belia Felda Wilayah Timur, Majlis Belia Daerah Dungun, Pengurusan Felda Jerangau serta barisan kepimpinan komuniti setempat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang proses penilaian berlangsung.
Semoga penyertaan Persatuan Belia MBFM Felda Jerangau dalam APBN Kebangsaan Tahun 2026 menjadi inspirasi kepada pertubuhan belia lain di Terengganu untuk terus memperkukuh peranan sebagai pemangkin pembangunan belia yang progresif, berdaya saing dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNT #APBN2026 #MalaysiaMADANI #RakanMuda
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
