SAMBUTAN LARIAN NOSTALGIA IPG DATO’ RAZALI SEMPENA 45 TAHUN BERLANGSUNG MERIAH

SAMBUTAN LARIAN NOSTALGIA IPG DATO’ RAZALI SEMPENA 45 TAHUN BERLANGSUNG MERIAH
Kuala Nerus | 11 Julai 2026 (Sabtu)
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) telah bekerjasama dalam menjayakan Sambutan Larian Nostalgia IPG Dato’ Razali Sempena 45 Tahun yang berlangsung dalam suasana meriah dengan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Turut hadir, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, bagi memeriahkan program serta menyempurnakan acara pelepasan peserta larian sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program yang menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif.
Dalam masa yang sama, JBSNT turut membuka reruai pameran bagi mempromosikan pelbagai program belia, sukan dan Rakan Muda yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2026. Reruai tersebut menjadi platform untuk orang ramai mendapatkan maklumat serta mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif dan peluang penyertaan yang ditawarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Semoga jalinan kerjasama strategik seperti ini dapat terus diperkukuhkan dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat serta memperkasakan pembangunan belia di Negeri Terengganu.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search