- JBS Terengganu
- Hits: 25
SEKITAR TAYANGAN SKRIN BESAR SEPARUH AKHIR 2 PIALA DUNIA FIFA 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 25
SEKITAR TAYANGAN SKRIN BESAR SEPARUH AKHIR 2 PIALA DUNIA FIFA 2026
Keputusan perlawanan : England - Argentina
Suasana penuh meriah menyelubungi Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu apabila hampir 700 orang pengunjung hadir memeriahkan Program Tayangan Skrin Besar Separuh Akhir 2 Piala Dunia FIFA 2026 pada awal pagi 16 Julai 2026, bermula jam 3.00 pagi.
Program ini menghimpunkan peminat bola sepak daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menyaksikan pertembungan sengit antara England dan Argentina. Sorakan, tepukan dan semangat kesukanan yang dipamerkan oleh para penyokong telah mewujudkan suasana yang cukup meriah serta membuktikan bahawa bola sepak mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Perlawanan yang berlangsung dengan penuh dramatik itu menyaksikan Argentina menewaskan England dengan keputusan 2-1, sekali gus melayakkan diri ke pentas akhir Piala Dunia FIFA 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang hadir serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran program ini sehingga selesai dalam suasana yang selamat, teratur dan harmoni.
Semoga program seperti ini terus menjadi platform mengeratkan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta menyemarakkan budaya hidup sihat melalui minat terhadap sukan.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026 yang akan berlangsung pada 20 Julai 2026 (Isnin), jam 3.00 pagi di Perkarangan Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu.
Ayuh hadir beramai-ramai dan rasai kemeriahan menyaksikan perlawanan kemuncak secara skrin besar bersama keluarga dan rakan-rakan!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #SkrinBesarPialaDunia
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
