- JBS Terengganu
- Hits: 29
AKTIVITI AERODANCE & TABATA WORKOUT BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 29
AKTIVITI AERODANCE & TABATA WORKOUT BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
Kuala Terengganu, 10 Julai 2026(Jumaat) – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah menganjurkan aktiviti Aerodance & Tabata Workout bagi peserta Program Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Aktiviti yang bermula pada jam 7.30 pagi ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal peserta melalui senaman berintensiti tinggi di samping memupuk semangat, disiplin dan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan aktif daripada para peserta yang menunjukkan komitmen tinggi dalam setiap sesi latihan. Diharapkan aktiviti seumpama ini dapat terus memberi motivasi kepada peserta untuk mengekalkan amalan hidup sihat dan mencapai sasaran penurunan berat badan secara sihat sepanjang program berlangsung.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #BiggestLoser2026 #MalaysiaCergas #AktifDanSihat
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
