MAJLIS PENUTUP BENGKEL PENGUKUHAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (SRM-IPT) 2026

MAJLIS PENUTUP BENGKEL PENGUKUHAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (SRM-IPT) 2026
  Kemaman, 25 Julai 2026 – Bengkel Pengukuhan Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (SRM-IPT) 2026 telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutup yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman.
  Majlis telah disempurnakan oleh:
  YBrs. Tuan Haji Asmadi bin Mohamad
Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
  Turut hadir:
  Encik Hafizzul Mu'az bin Abdul Manaf
Penolong Pengarah, Unit Pensektoran Rakan Muda
Wakil Timbalan Ketua Pengarah Rakan Muda JBSN
  Puan Nurul Haida binti Mohd Ghazali
Pegawai Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka
  Dalam ucapan penutupnya, YBrs. Tuan Haji Asmadi bin Mohamad menzahirkan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan sepanjang bengkel berlangsung. Beliau turut menekankan bahawa Sekretariat Rakan Muda IPT berperanan sebagai jambatan strategik antara Kementerian Belia dan Sukan dengan belia institusi pengajian tinggi dalam memperkukuh pembangunan kepimpinan, kesukarelawanan serta penglibatan belia.
  Bengkel yang dilaksanakan secara zon ini menghimpunkan 63 orang peserta, melibatkan:
  31 peserta daripada 6 SRM-IPT Negeri Melaka
  32 peserta daripada 12 SRM-IPT Negeri Terengganu
  Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan jaringan kerjasama yang terjalin sepanjang bengkel ini dapat melahirkan barisan pemimpin SRM-IPT yang lebih kompeten, berdaya saing dan bersedia memacu agenda pembangunan belia di institusi pengajian tinggi.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #SRMIPT2026 #Terengganu #Melaka
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 10:19:18

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search