ZIARAH PRIHATIN YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM

ZIARAH PRIHATIN YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, telah menziarahi YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, yang kini sedang menerima rawatan susulan di hospital.
Kunjungan ini sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral kepada beliau. Seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu mendoakan agar YB Ustaz Hishamuddin diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala.
Semoga YB Ustaz Hishamuddin terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik.  
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search