SESI TIMBANG AKHIR PERTANDINGAN BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026

SESI TIMBANG AKHIR PERTANDINGAN BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
Dewan Besar, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu
29 Ogos 2026 (Sabtu)


KUALA TERENGGANU, 29 Ogos 2026 – Alhamdulillah, telah berlangsung Sesi Timbang Akhir Pertandingan Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026, yang menjadi kemuncak kepada perjalanan para peserta dalam usaha membudayakan gaya hidup lebih sihat, aktif dan seimbang.
Program dimulakan dengan sesi senamrobik yang berlangsung dalam suasana penuh semangat dan meriah. Aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah menjadi pembakar semangat kepada para peserta sebelum meneruskan sesi timbangan akhir.   
Selesai sesi senamrobik, para peserta menjalani timbang akhir bagi mengukur pencapaian masing-masing selepas mengikuti tempoh intervensi selama empat bulan yang merangkumi pelbagai aktiviti kecergasan serta penerapan amalan pemakanan sihat.
Pelaksanaan Pertandingan Biggest Loser ini selaras dengan usaha mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat, di samping melahirkan komuniti yang lebih cergas, sihat dan produktif dalam kehidupan seharian.
Program ini turut menjadi platform pendidikan dan kesedaran kepada peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan berkaitan aktiviti fizikal, kecergasan dan pemakanan sihat secara berterusan bagi mencapai serta mengekalkan berat badan yang ideal.

PENGHARGAAN KHAS – BEST ATTENDANCE
Komitmen dan konsistensi peserta sepanjang program turut diberikan pengiktirafan menerusi Anugerah Best Attendance, yang dianugerahkan kepada peserta yang berjaya mencatatkan 100% kehadiran dalam keseluruhan aktiviti intervensi sepanjang tempoh pertandingan.
Sebagai tanda penghargaan, Herbalife turut tampil sebagai penaja dengan menyumbangkan hadiah khas kepada penerima Anugerah Best Attendance sebagai penghargaan atas komitmen, disiplin dan kesungguhan mereka mengikuti setiap aktiviti yang telah ditetapkan.   

PENGUMUMAN PEMENANG
Keputusan pemenang Pertandingan Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026 akan dimaklumkan setelah proses penjurian dan pengesahan keputusan selesai dilaksanakan oleh pihak urus setia.

Nantikan pengumuman rasmi daripada pihak urus setia bagi mengetahui siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara Biggest Loser Terengganu 2026!   

Sesi timbang akhir ini bukan sekadar menentukan angka di atas penimbang, tetapi menjadi simbol kepada usaha, disiplin, komitmen dan perubahan positif yang telah ditunjukkan oleh setiap peserta sepanjang empat bulan program berlangsung.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026!
Semoga segala ilmu, pengalaman dan amalan gaya hidup sihat yang diperoleh sepanjang program ini dapat diteruskan secara konsisten dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, rakan strategik, jurulatih, penaja serta urus setia yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan Pertandingan Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026.
Terus Aktif. Terus Cergas. Terus Sihat!   

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan PORTAL JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search