PERASMIAN PENUTUP PROGRAM EKSPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026

PERASMIAN PENUTUP PROGRAM EKSPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026  

Alhamdulillah, selepas 2 hari 1 malam, Program Eksplorasi Alam 2026 melabuhkan tirainya dengan jayanya di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Besut.   
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir Encik Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut dan Encik Muhammad Izzat bin Rosmadi, Ketua Jurulatih Program.
Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, kepimpinan, ketahanan diri dan keyakinan melalui aktiviti rekreasi serta eksplorasi alam.   
Melibatkan seramai 21 orang peserta dari seluruh daerah Negeri Terengganu, pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti ice breaking, war cry, survival cooking, compass matching, kembara malam dan mini explorer.   
Terima kasih kepada semua yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan bermakna buat semua.   

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #HSN2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan PORTAL JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search