- JBS Terengganu
- Hits: 21
MAJLIS PENYERAHAN CEK CURA TERENGGANU PUSH BIKE CUP 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 21
MAJLIS PENYERAHAN CEK CURA TERENGGANU PUSH BIKE CUP 2026
30 OGOS 2026 - Kuala Terengganu, Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyerahan Replika Cek Cura Terengganu Push Bike Cup 2026 sebagai simbolik penyaluran dana berjumlah RM25,000.00 bagi menyokong penganjuran Kejohanan Terengganu Push Bike Cup 2026.
Replika cek cura tersebut telah diserahkan oleh YBrs. Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, kepada YBrs. Encik Mohd Huzairil bin Ibrahim, Penaung Kelab Rekreasi dan Kebajikan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu.
Dana berjumlah RM25,000.00 tersebut disalurkan bagi menyokong penganjuran kejohanan yang berlangsung pada 29 hingga 30 Ogos 2026, bersempena Karnival STEM Terengganu (FESTEM-T) 2026.
Kejohanan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 300 orang peserta berusia antara 7 hingga 12 tahun dari seluruh negara, termasuk peserta antarabangsa dari Singapura dan Thailand.
Penganjuran Terengganu Push Bike Cup 2026 bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil dan mengembangkan bakat muda diperingkat akar umbi, malah turut memupuk gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan kanak-kanak serta mengeratkan hubungan antara peserta dari dalam dan luar negara.
Turut berlangsung Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Karnival STEM Terengganu (FESTEM-T) 2026 yang melabuhkan tirai karnival tersebut dengan penuh gemilang. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu.
Turut hadir YBrs. Mohammad Ahmad Shazly bin Ramli, Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Pantai Timur, serta para tetamu kehormat, penganjur, rakan strategik, ibu bapa dan peserta yang bersama-sama memeriahkan kejohanan serta Karnival STEM Terengganu 2026.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Terengganu Push Bike Cup 2026. Semoga penganjuran ini terus menjadi wadah dalam melahirkan generasi muda yang aktif, cergas dan berdaya saing serta mampu mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di persada antarabangsa.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
