- JBS Terengganu
- Hits: 25
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN TERENGGANU KE PARA SUKMA XXII SELANGOR 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 25
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN TERENGGANU KE PARA SUKMA XXII SELANGOR 2026
KUALA NERUS, 1 September 2026 – Kontinjen Negeri Terengganu ke PARA SUKMA XXII Selangor 2026 yang berlangsung pada 5 hingga 10 September 2026 menerima penyerahan bendera sebagai simbol amanah dan suntikan semangat untuk membawa nama Terengganu Darul Iman.
Majlis berlangsung di Dewan Besar, Ar Riyadah Residence MSNT, Terengganu dan dirasmikan oleh YB Haji Hishamuddin bin Abd. Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO.
Kontinjen Terengganu berkekuatan 133 orang, terdiri daripada:
68 atlet, 17 jurulatih, 10 pengurus, 12 pengiring dan 26 jawatankuasa.
Kontinjen diketuai oleh YB Mohd Fadhli Rahmi bin Zulkifli selaku Ketua Kontinjen (CDM), manakala Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, sebagai Timbalan Ketua Kontinjen (DCDM).
Terengganu menyasarkan 38 pingat:
9 Emas | 13 Perak | 16 Gangsa
Dengan sokongan pengurusan, jurulatih dan seluruh kontinjen, para atlet diharapkan dapat memberikan prestasi terbaik, mengekalkan disiplin serta semangat kesukanan sepanjang temasya.
Selamat berjuang Kontinjen PARA SUKMA Terengganu!
Terengganu Nelang!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
