KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU KE JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI TERENGGANU

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU KE JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI TERENGGANU
KUALA TERENGGANU | Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu dan disambut oleh Pengarah JPJ Negeri Terengganu, Tuan Mohd Zamri bin Samion.
Kunjungan ini diadakan sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta mengeratkan jalinan kerjasama antara kedua-dua jabatan. Pertemuan tersebut turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan membincangkan potensi kolaborasi dalam pelaksanaan program serta inisiatif yang memberi manfaat kepada pembangunan belia, sukan dan kesejahteraan masyarakat di negeri Terengganu.
Semoga hubungan baik yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi menjayakan agenda pembangunan belia dan sukan serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 10:19:18

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search