- JBS Terengganu
- Hits: 25
PERTANDINGAN AEROBIC DANCE PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 25
MARANG | 8 Ogos 2026
Meriah dan penuh bertenaga! Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Warisan dan Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA) telah menganjurkan Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Terengganu 2026 bertempat di Dewan Besar, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai.
Pertandingan ini melibatkan penyertaan pelajar sekolah berumur 9 hingga 17 tahun dari seluruh negeri Terengganu, yang tampil mempersembahkan bakat, kreativiti dan kemahiran masing-masing dalam suasana penuh semangat serta persaingan sihat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zaini bin Abd Aziz, Pengarah IKBN Wakaf Tapai. Turut hadir, Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Sukan, JBSNT.
Aerobic Dance bukan sekadar menyeronokkan! Ia merupakan aktiviti kecergasan yang mampu memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi. Pergerakan aktif yang digabungkan dengan muzik dan kreativiti bukan sahaja meningkatkan kecergasan, malah membantu membina keyakinan diri, disiplin, semangat berpasukan dan emosi yang positif.
Penganjuran ini juga selaras dengan agenda kerajaan dalam memperkukuh gaya hidup sihat dan produktif, khususnya dalam kalangan generasi muda.
JBSNT akan terus komited memperkasakan program kecergasan dan aktiviti fizikal sebagai platform untuk mencungkil bakat, membina keyakinan serta melahirkan generasi muda yang aktif, sihat, cergas dan berdaya saing.
Johan bagi pertandingan pada kali ini dimenangi oleh pasukan Scarlet High dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail Kemaman, naib johan pasukan The Good Guys dari Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai dan tempat ke-3 pasukan Tunderblaze dari Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu.
Syabas dan tahniah diucapakan kepada para peserta, jurulatih, guru pengiring dan ibu bapa yang terlibat menjayakan pertandingan pada kali ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #AerobicDance2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
