MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN TERENGGANU SEMPENA SUKMA XXII SELANGOR 2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN TERENGGANU SEMPENA SUKMA XXII SELANGOR 2026
KUALA TERENGGANU, 6 Ogos – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham, mewakili YAB Menteri Besar Terengganu, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Terengganu sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.
Majlis berprestij itu menghimpunkan hampir 900 orang atlet, pegawai, wakil persatuan sukan serta wakil jabatan angkat sebagai simbolik pelepasan rasmi Kontinjen Terengganu ke temasya SUKMA XXII yang dijadual berlangsung di Selangor pada 15 hingga 24 Ogos 2026.
Majlis penyerahan bendera tersebut menjadi lambang kepercayaan dan amanah yang dipikul oleh seluruh kontinjen untuk membawa cabaran Negeri Terengganu dengan penuh semangat kesukanan, disiplin dan komitmen tinggi, sekali gus berusaha mengharumkan nama negeri di pentas sukan terbesar negara.
Dalam ucapannya, YB Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan atlet Terengganu untuk memberikan saingan terbaik berdasarkan persiapan rapi yang telah dilaksanakan. Beliau turut menyeru seluruh kontinjen agar mengekalkan semangat berpasukan, menjunjung nilai integriti dan sentiasa mempamerkan disiplin yang tinggi sepanjang temasya berlangsung.
Turut memainkan peranan penting dalam pengurusan kontinjen ialah YB Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negerti Terengganu sebagai Ketua Kontinjen (CDM), diikuti Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Kontinjen (DCDM) bagi Kontinjen Terengganu ke PARA SUKMA XXII Selangor 2026. Pelantikan beliau mencerminkan keyakinan terhadap pengalaman dan kepimpinan dalam memastikan aspek penyelarasan, kebajikan serta pengurusan atlet dan pegawai berjalan lancar sepanjang temasya.
Majlis turut menyaksikan kehadiran atlet, jurulatih, pegawai kontinjen, pemimpin persatuan sukan negeri serta pelbagai agensi yang bersama-sama memberikan sokongan dan semangat kepada barisan atlet yang bakal menggalas cabaran Terengganu. Suasana penuh patriotik dan bersemangat jelas terpancar sebagai manifestasi tekad seluruh kontinjen untuk mencapai kecemerlangan.
Seluruh rakyat Terengganu turut diseru agar bersama-sama mendoakan kejayaan Kontinjen Terengganu agar dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kecemerlangan dan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan, sekali gus mengharumkan nama negeri pada Temasya SUKMA XXII Selangor 2026.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 10:19:18

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search