KUNJUNGAN HORMAT TERENGGANU MARATHON KE JBS NEGERI TERENGGANU

KUNJUNGAN HORMAT TERENGGANU MARATHON KE JBS NEGERI TERENGGANU
Kuala Terengganu | 10 Ogos 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) menerima kunjungan hormat daripada Kelab Olahraga Alam Sinergi (Terengganu Marathon) bagi membincangkan kerjasama serta perkembangan penganjuran Terengganu Marathon.
Kunjungan ini turut melibatkan sesi post mortem Terengganu Marathon 2026 (TM26) yang bertujuan menilai semula pelaksanaan program, selain mendapatkan pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada pihak JBSNT.
Perbincangan turut memberi fokus kepada persiapan bagi penganjuran Terengganu Marathon 2027 (TM27) yang dijadualkan berlangsung pada 30 April dan 1 Mei 2027.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dalam usaha memartabatkan sukan larian serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan di negeri Terengganu.    
Melakar Sejarah, Menjulang Langkah!  
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #TM27
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JSBNT 

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search