ZIARAH KASIH MANTAN PEGAWAI PBSD KUALA TERENGGANU | EN MOHMAD BIN EMBONG

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, hari ini meluangkan masa menziarahi mantan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu, Encik Mohmad bin Embong, di kediamannya di Banggol Katong.
Encik Mohmad sebelum ini dilaporkan mengalami pendarahan di dalam kepala selepas terlibat dalam insiden terjatuh di rumah beliau pada Selasa lepas.
Turut serta dalam kunjungan prihatin tersebut ialah Penolong Pengarah JBS Terengganu, Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek.
Ziarah ini bertujuan untuk bertanya khabar, memberi sokongan moral kepada Encik Mohmad serta ahli keluarga, selain menyampaikan sumbangan dan doa agar beliau kembali sembuh seperti sediakala.Seluruh warga JBS Negeri Terengganu turut mendoakan agar urusan rawatan dan proses pemulihan beliau dipermudahkan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 22-08-2026, 16:54:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search