LIGA SUKAN WARGA EMAS (LSWE) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026

Kuala Terengganu | 27–28 Jun 2026 Seramai 186 orang peserta warga emas dari seluruh negeri Terengganu telah mengambil bahagian dalam Liga Sukan Warga Emas (LSWE) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan. Pertandingan bagi acara petanque dan dart telah diadakan pada 27 Jun 2026 di Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Al Riyadah Residence, Kuala Nerus, manakala pertandingan tenpin boling telah berlangsung pada 28 Jun 2026 di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Persatuan Tenpin Boling Negeri Terengganu, Persatuan Boules Daerah Kuala Nerus, Kelab Dart Darul Iman dan Kelab Sukan Kecergasan Warisan ini bertujuan menggalakkan warga emas mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat melalui penglibatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Selain meningkatkan tahap kecergasan fizikal, program ini turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta menyokong agenda penuaan aktif dalam kalangan warga emas. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, turut hadir Puan Dalila binti Mohd Nasir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Warga Emas dan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu serta Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh peserta, urus setia serta rakan strategik yang telah menjayakan penganjuran Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026. Semoga program ini terus menjadi medium terbaik dalam memperkasakan agenda penuaan aktif, membudayakan gaya hidup sihat serta meningkatkan kualiti hidup warga emas di negeri Terengganu. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 27-07-2026, 09:56:48

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search