BENGKEL REFRESHER PEMIMPIN BERTAULIAH ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026

KUALA TERENGGANU – Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) telah berjaya menganjurkan Bengkel Refresher Pemimpin Bertauliah Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 yang menghimpunkan seramai 29 orang Pemimpin Bertauliah ARPRM dari seluruh negeri. Bengkel selama tiga hari ini bertujuan memperkukuh kompetensi Pemimpin Bertauliah melalui penyegaran ilmu, perkongsian amalan terbaik serta pengemaskinian dasar dan garis panduan semasa pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Program ini turut menjadi platform bagi melaksanakan proses pemutihan dan pengesahan semula Pemimpin Bertauliah untuk memastikan pelaksanaan ARPRM terus berkualiti serta memenuhi standard yang ditetapkan. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa Pemimpin Bertauliah merupakan tunjang utama kejayaan pelaksanaan ARPRM dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berdaya tahan, berjiwa sukarelawan serta memiliki ciri-ciri kepimpinan yang unggul. Beliau turut menyeru agar semua Pemimpin Bertauliah memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membantu Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) memperluaskan pelaksanaan ARPRM di sekolah-sekolah menengah, selaras dengan sasaran Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan bagi tahun 2026. Setiap PBSD disasarkan memastikan sekurang-kurangnya tiga buah sekolah menengah di daerah masing-masing melaksanakan Program ARPRM sepanjang tahun ini. Semoga segala ilmu, pengalaman dan jaringan kerjasama yang terjalin sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkasakan pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), sekali gus menyokong usaha melahirkan generasi belia yang berketerampilan, berdaya saing dan berakhlak mulia. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah menjayakan penganjuran bengkel ini. Semoga Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) terus diperkasakan demi pembangunan belia di Negeri Terengganu. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #ARPRM Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 27-07-2026, 09:56:48

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search