KURSUS ASAS KAYAK STAR ONE PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026

5 Julai 2026 | Kuala Terengganu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Kanu Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Kayak (Star One) Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang berlangsung selama tiga hari dengan penyertaan seramai 30 orang peserta bertempat di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu, Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas sukan kayak, meliputi teknik yang betul bagi pengendalian kayak, prosedur keselamatan di air serta amalan terbaik semasa menjalankan aktiviti berkayak. Selain meningkatkan kemahiran teknikal, program ini turut menerapkan nilai disiplin, kepimpinan, semangat kerja berpasukan dan keyakinan diri dalam kalangan peserta. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta mengikuti sesi teori dan latihan praktikal yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah mengikut silibus yang ditetapkan. Penekanan terhadap aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan bagi memastikan setiap peserta mampu mengendalikan kayak dengan betul dan selamat. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Dalam ucapannya, beliau menyeru para peserta agar terus memperkasa kemahiran yang diperoleh, mengamalkan budaya keselamatan dalam setiap aktiviti sukan air serta menjadi ejen yang mempromosikan sukan rekreasi air kepada masyarakat. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Kanu Negeri Terengganu, para jurulatih, urus setia dan semua pihak yang telah memberikan komitmen serta kerjasama dalam menjayakan penganjuran kursus ini. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan Kursus Asas Kayak (Star One) Peringkat Negeri Terengganu 2026. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkasakan pembangunan sukan air serta melahirkan lebih ramai pengamal sukan rekreasi air yang berkemahiran, berdisiplin dan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 05-07-2026, 14:30:35

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search