AKTIVITI KECERGASAN KBS BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 BERLANGSUNG MERIAH

KUALA TERENGGANU, 13 Jun – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) telah menganjurkan salah satu aktiviti kecergasan di bawah program Pertandingan KBS Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026 bertempat di Dewan Besar, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Pasir Panjang, hari ini. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu telah menghimpunkan para peserta Pertandingan KBS Biggest Loser bagi menyertai sesi senaman dan aktiviti kecergasan yang bertujuan meningkatkan tahap kesihatan, kecergasan fizikal serta menggalakkan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan peserta. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi membantu peserta mencapai sasaran penurunan berat badan secara sihat dan berkesan. Program ini juga memberi pendedahan mengenai kepentingan aktiviti fizikal yang konsisten sebagai salah satu komponen utama dalam pengurusan berat badan dan kesejahteraan diri. Selain itu, peserta turut berpeluang memperoleh ilmu berkaitan kesihatan dan pemakanan melalui perkongsian daripada rakan strategik program. Kehadiran peserta yang memberangsangkan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan matlamat program KBS Biggest Loser untuk melahirkan masyarakat yang lebih sihat, cergas dan produktif. JBSNT berharap program seumpama ini dapat terus memberi impak positif kepada peserta serta menjadi pemangkin kepada pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat negeri Terengganu. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #BiggestLoser2026 Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 27-07-2026, 10:44:54

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search