- JBS Terengganu
- Hits: 33
PROGRAM RAKAN MASJID x RAKAN MUDA RAMADAN MERIAHKAN PENGISIAN KEROHANIAN BELIA DI TERENGGANU
- JBS Terengganu
- Hits: 33
KUALA TERENGGANU, 11 Mac 2026 – Program Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Terengganu 2026M / 1447H telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan penyertaan ratusan belia dari seluruh negeri.
Program yang diisi dengan pelbagai aktiviti kerohanian seperti Pertandingan Hafazan al-Quran, Tadarus dan Khatam al-Quran, Ceramah Agama, Majlis Berbuka Puasa serta Solat Tarawih berjemaah berjaya menghimpunkan seramai 450 peserta tadarus al-Quran dan 52 peserta Hafazan al-Quran.
Pertandingan Hafazan al-Quran merupakan anjuran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kuala Terengganu dan Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir ialah Tuan Haji Zaini bin Abd Aziz, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai; Tuan Haji Abdul Mubin bin Mohd Zain, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Terengganu; Ts. Dr. Pajuzi bin Awang, Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato 'Razali Ismail; Encik Mukhri bin Mamat, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu; serta Encik Azwan Nazzul Shahzairin bin Mohamad, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu.
Program ini diharapkan dapat terus memperkukuhkan peranan belia dalam mengimarahkan masjid serta mendekatkan diri dengan al-Quran sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #RakanMasjid #Ramadan1447H #BeliaTerengganu
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
belia.my
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
