KUNJUNGAN HORMAT FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU

KUNJUNGAN HORMAT FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU
KUALA TERENGGANU – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah menerima kunjungan hormat daripada Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSGG) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam usaha memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan terutamanya berkaitan dalam bidang Kesukarelaan Sosial.
Delegasi FSSG UniSZA yang hadir terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hanif bin Md Lateh @ Junid (Timbalan Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan), Prof. Madya Dr. Wan Nor Jazmina Wan Ariffin (Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah FSSG), Dr. Normah Awang Noh (Ketua Pusat Pengajian Kerja Sosial FSSG) serta Dr. Wan Nor Azilawanie Tun Ismail (Penyelaras Industri Akademia FSSG).
Delegasi tersebut telah disambut oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad bersama pegawai jabatan dalam satu sesi perbincangan yang berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama strategik khususnya dalam aspek membangunkan Sijil Profesional Kesukarelawanan Sosial dalam pembangunan belia di antara pihak FSSG UniSZA dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Diharapkan pertemuan ini dapat membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai program kolaborasi yang memberi manfaat kepada pembangunan belia serta masyarakat secara keseluruhannya.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-05-2026, 17:16:43

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search