MESYUARAT PENYELARASAN FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026

MESYUARAT PENYELARASAN FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
KUALA TERENGGANU – Satu mesyuarat penyelarasan bagi membincangkan pelaksanaan Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu 2026 telah diadakan dengan penglibatan pegawai dan wakil bahagian berkaitan.
Mesyuarat ini bertujuan menyelaras perancangan program, memperincikan pelaksanaan aktiviti serta memastikan perjalanan program dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan. Perbincangan turut tertumpu kepada aspek pengisian program, kerjasama strategik serta penyertaan golongan belia dalam menjayakan fiesta tersebut.
Program Fiesta Rakan Muda ini diharapkan dapat menjadi platform untuk menghimpunkan belia melalui pelbagai aktiviti sihat, kreatif dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-05-2026, 17:16:43

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search