- JBS Terengganu
- Hits: 16
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JPJ TERENGGANU KE JBS NEGERI TERENGGANU
- JBS Terengganu
- Hits: 16
KUALA TERENGGANU – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) menerima kunjungan hormat daripada Tuan Mohd Zamri bin Samion, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik serta memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi, khususnya dalam pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada golongan belia dan masyarakat di negeri Terengganu.
Pertemuan ini turut menjadi platform perkongsian pandangan serta perbincangan berkaitan inisiatif keselamatan jalan raya, peningkatan kesedaran pengguna jalan raya dalam kalangan belia serta potensi penganjuran program bersama pada masa hadapan.
Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuh demi melahirkan masyarakat yang lebih berdisiplin, berpengetahuan dan bertanggungjawab, selari dengan aspirasi pembangunan belia negara.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
