KURSUS INTEGRITI JBSNT 2026

Kuala Terengganu, 1 Februari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) telah berjaya menganjurkan Kursus Integriti JBSNT Bagi Tahun 2026 bertempat di perkarangan pejabat dan Bukit Besar.

Program bermula jam 8.30 pagi dengan nyanyian Lagu Negaraku, diikuti aktiviti regangan dan Fit Grit @ Bukit Besar, taklimat serta bacaan doa sebelum pendakian ke puncak dan sarapan pagi. Pengisian utama melibatkan Bacaan Ikrar Integriti, Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) serta sesi menandatangani perakuan.

Program diteruskan dengan Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan JBSNT Kali Ke-30 yang telah dirasmikan oleh Pengarah JBSNT, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad.

Dalam mesyuarat tersebut, tahniah diucapkan kepada En. Yusof Mat Noor atas pemilihan beliau sebagai Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan JBSNT (KSK JBSNT) bagi penggal 2026–2028.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-02-2026, 09:32:41

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search