PENUTUP PROGRAM GENTA BELIA NEGERI TERENGGANU 2025 @ HIMPUNAN BELIA TERENGGANU 2.0 MELALUI PROGRAM POCKET TALK SUARA BELIA MENDAPAT SAMBUTAN YANG BAIK!

KUALA TERENGGANU, 26 OKTOBER 2025 - Penutup Program Genta Negeri Terengganu 2025 @Himpunan Belia Terengganu 2.0 melalui Program Pocket Talk Suara Belia yang dihadiri oleh Heliza Helmi dan Hazwani Helmi (The Helmis) mendapat sambutan yang baik daripada belia setempat, belia Ipt, belia massa malah pengunjung pelbagai lapisan umur muda atau tua bersama-sama mendengar perkongsian ikon belia anak jati Terengganu ini yang bertajuk " Dompet Pahala, Jihad Ke Syurga!".

Program ini berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2025 dengan mendapat kerjasama program bersama Urus Setia Belia Sukan & NGO Terengganu, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur, MBNT, agensi awam dan swasta serta badan-badan ngo yang lain.

Pelbagai aktiviti genta belia sepanjang ini yang diadakan iaitu kuiz interaktif ekonomi, game spin wheel yang melibatkan soalan- soalan ekonomi serta berkaitan pembangunan Belia, Snake Game, info pertubuhan belia, mewarna cantingan Batik Genta Belia @ Himpunan Belia Terengganu sepanjang 2.0 meter dan berakhir dengan Pocket Talk Suara Genta Belia. Penerapan elemen kepimpinan, kemahiran seni kreatif, cara menjana ekonomi diri melalui pendekatan pembangunan jati diri dan peluang- peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang ada pada diri masing-masing.

Program perkongsian ilmu ini juga menekankan keseimbangan dalam hidup dalam apa sahaja bidang yang diceburi.
Majlis Penutup Pocket Talk Suara Genta Belia berlabuh tirai dengan penyampaian cenderahati kenangan yang disampaikan oleh Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi, Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu kepada 2 ikon belia jemputan tersebut, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi (The Helmis).

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#JBSNT
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#rakanmuda
#MalaysiaAktif
#GentaBelia2025

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-02-2026, 09:32:41

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search