NIGHT CRITERIUM PENUTUP TOUR GATEH D’TRANUNG 2025

KUALA TERENGGANU, 4 November 2025 – Kejohanan Tour Gateh D’Tranung 2025 melabuhkan tirainya dengan acara Night Criterium sebanyak 10 pusingan dengan jarak keseluruhan sejauh 66 kilometer yang berlangsung penuh meriah di Dataran Jambatan Angkat Utara, malam tadi.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi Bin Mohamad telah menyempurnakan penyampaian hadiah KBS Orange Jersey kepada Muhamad Hakimi Haiqal bin Ahmad Sabri dari pasukan RCF, yang dinobatkan sebagai Juara Kategori Individual General Classification Best Local Club Rider yang mengekalkannya dari peringkat pertama hingga ke - 8.

Acara criterium ini merupakan pusingan terakhir kejohanan yang berlangsung di setiap daerah di Terengganu bermula 27 Oktober hingga 3 November 2025. Edisi kali ini menyaksikan penyertaan 24 pasukan tempatan dan antarabangsa termasuk dari Jepun, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, Australia, Belanda dan Britain.

Tour Gateh D’Tranung bukan sahaja menjadi platform mengangkat martabat sukan berbasikal tanah air, malah turut berperanan sebagai medium terbaik memperkenalkan keindahan dan keunikan negeri Terengganu di peringkat antarabangsa.

Bagi penerima jersi utama kejohanan, senarai pemenang adalah seperti berikut:
Ladang Rakyat Green Jersey (Best Sprinters’ Classification): Mohamad Izzat Hilmi bin Abdul Halil (ATM)
TDM Polka Dot Jersey (Best Climber Individual Classification): Muhammad Zawawi bin Azman (ATM)
KBS Orange Jersey (Individual General Classification Best Club Rider): Muhamad Hakimi Haiqal bin Ahmad Sabri (RCF)
Raudah Cahaya Foundation Yellow Jersey (Individual Classification by Time): Cristian Raileanu (MPC)
MSNT White Jersey (Individual General Classification Best Under-23): Jonas Muller (MPC)

Dalam kategori pasukan pula:
Best Under-23 Team: Pontianak Wijaya Racing (PWR)
Best Local Club Team: MIFH Cycling Group (MFH)
Team General Classification by Time: Malaysia Pro Cycling (MPC)

Selain itu, Jonas Muller (MPC) turut mengungguli beberapa kategori lain termasuk Individual Classification – Elite dan Individual Classification – Under 23 Rider, manakala Chan Jian Le (MPJ) muncul sebagai juara Individual Classification – Local Club Rider.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#JBSNT
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#rakanmuda
#MalaysiaAktif

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-02-2026, 09:32:41

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search