MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) TAHAP PERAK DAN GANGSA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

Kuala Terengganu, 5 November 2025 – Seramai 406 peserta menerima pentauliahan dalam Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Perak dan Gangsa Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Majlis ini menyaksikan 321 penerima Tahap Gangsa, 85 penerima Tahap Perak, serta 35 penerima Penghargaan Pemimpin daripada Badan Operasi ARPRM di seluruh daerah Negeri Terengganu diraikan atas kejayaan mereka menamatkan program pembangunan rakan muda di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Program ini bertujuan mengiktiraf usaha dan komitmen golongan belia dalam membangunkan potensi diri melalui aktiviti berteraskan khidmat masyarakat, kemahiran, sukan dan rekreasi.

Majlis telah disempurnakan oleh Puan Afifa Sofina binti Azmi, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, yang juga menyampaikan sijil pentauliahan kepada para penerima Sijil Tahap Perak dan Pemimpin ARPRM.
Manakala, Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu menyampaikan sijil pentauliahan kepada para penerima Sijil Tahap Gangsa.

Turut hadir ialah YM Tengku Mohd Majid bin Tengku Mahmud, Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Tahniah dan Syabas kepada semua penerima!!

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#RakanMudaYakinBoleh
#ARPRM2025

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-02-2026, 09:32:41

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search