- JBS Terengganu
- Hits: 147
KUNJUNG HORMAT DELIGASI BELIA DAN SUKAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU KE ATAS KETUA SETIAUSAHA KBS DAN KETUA PENGARAH JBSN
PUTRAJAYA, 14 NOVEMBER 2024 (KHAMIS) - Satu sesi Kunjung hormat Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu dan deligasi Belia dan Sukan Kerajaan Negeri kepada YBhg. Ts. Dr. Nagulandran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan YBhg. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara bertempat di Menara Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya, Pada 13 November 2024 (Rabu)
Kunjung hormat tersebut adalah bertujuan menjalin hubungan kerjasama yang lebih erat dan memdapatkan input berkaitan program yang akan dilaksanakan di peringkat kementerian untuk dibawa ke Negeri Terengganu.
Semoga dengan Kunjung hormat ini dapat memajukan lagi Belia dan Sukan di Negeri Terengganu.
Hadir bersama Timbalan Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YB. Mohd Fadhli Rahimi bin Zulkifli. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad. Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera, En. Mohd Irsyad Syafiq bin Burhanuddin serta Penolong Setiausaha Kerajaan Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, En. Ahmad Bukhari bin Abdul Rahman.
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 147
