PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF SIRI 1 DAERAH HULU TERENGGANU 2025 MERIAH DI TAMAN REKREASI AWAM KUALA BERANG

KUALA BERANG, 3 OKTOBER – Program Senaman Warga Emas AKTIF Siri 1 Daerah Hulu Terengganu 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada pagi ini bertempat di Taman Rekreasi Awam Kuala Berang bermula seawal jam 7:30 pagi.

Program ini mendapat sambutan di luar jangkaan apabila penyertaan warga emas yang hadir melebihi sasaran awal. Selain itu, kehadiran pengunjung setempat yang turut serta dalam aktiviti senam cergas menambahkan lagi suasana ceria dan bersemangat.

Penganjuran program ini adalah Program ptofail yang dianjurkan dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dan hasil kerjasama erat antara Persatuan Warga Emas (PAWE) Daerah Hulu Terengganu bersama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu. Tujuan utama adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga emas dan masyarakat setempat.

Aktiviti senam cergas yang dipimpin oleh jurulatih berpengalaman telah mendapat sambutan hangat dengan suasana penuh keceriaan. Program ini juga berjaya menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim serta menggalakkan warga emas kekal aktif, sihat dan positif.

Dengan kejayaan penganjuran siri pertama ini, diharapkan program senaman warga emas akan diteruskan secara berkala sebagai usaha berterusan ke arah kesejahteraan komuniti Hulu Terengganu.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#rakanmuda
#HSNTerengganu2025
#HSN2025
#MalaysiaAktif

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search