Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Encik Muhamad Nur Firdaus bin Suazali dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun yang mewakili JBSNT dalam program Eksplorasi Rakan Muda 2024!
Tahniah kerana berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu!
SARAWAK, 24 SEPTEMBER 2024 (SELASA) - Pengarah JBSN Terengganu selaku Chef De Mission Kontinjen Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad bersama Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu , YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim dan Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, YB Hajah Zuraida binti Md. Noor turun padang untuk memberi sokongan kepada atlet-atlet Para Sukma Terengganu pada 23 September 2024 (Isnin) - Kontinjen Terengganu mengumpul 3 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa dan menduduki tangga ke-9 pada hari pertama kejohanan ini berlangsung.