- JBS Terengganu
- Hits: 113
PROGRAM MERDEKA FITNESSTHON 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 113
KUALA TERENGGANU, 13 September – Kelab Sukan Kecergasan Warisan telah menjayakan Program Merdeka Fitnessthon 2025 – Bantuan Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Utama Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Melalui program ini dapat membudayakan cara hidup cergas dan sihat serta menguji kekuatan mental dan fizikal para peserta. Selain itu dapat melahirkan generasi pewaris yang sempurna, bertanggung jawab dan berkeyakinan dan berupaya mengawal jatidiri serta mengurangkan saiz pembabitan masyarakat dalam kegiatan tidak bermoral.
Seramai 70 orang peserta wanita yang terdiri dari masyarakat setempat telah menghadiri program ini dimana peserta telah melakukan aktiviti fitnessthon tanpa henti bermula 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi dengan bertemakan pakaian warna Jalur Gemilang dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan Kemerdekaan.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Hadir sama Puan Noor Fadhilawati binti Yahya, mewakili Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#rakanmuda
#HSNTerengganu2025
#HSN2025
#MalaysiaAktif
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
