- JBS Terengganu
- Hits: 237
Lawatan Kerja Setiausaha Bahagian (SUB) Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke Negeri Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 Disember 2024 - Lawatan Kerja YBrs. En. Amir Hamzah bin Awang Ghazali Setiausaha Bahagian Pembangunan KBS ke Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu dan Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Terengganu.
Turut hadir sama lawatan ini Ir. Dr. Mohammad Ashari bin Muda, Jurutera Daerah JKR Kuala Terengganu, Pn. Nurul Afifa Sofina Binti Azmi, Timbalan Pengarah Belia JBS Negeri Terengganu dan En. A. Zulkifli bin Mohamad, Pengurus Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Lawatan ini bertujuan memantau kemudahan dan fasiliti di bawah KBS di Negeri Terengganu bagi mendapatkan status terkini kemajuan pelaksanaan projek serta perancangan hadapan untuk memastikan projek ini berjalan mengikut jadual.
- JBS Terengganu
- Hits: 237
