- JBS Terengganu
- Hits: 15
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH SETIU 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 15
SETIU I 28 OGOS 2025 - Telah berlangsung Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Setiu 2025 bertempat di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu Terengganu. Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini telah bermula pada 26 hingga 28 Ogos 2025 dan disertai seramai 50 orang peserta.
Program ini berupaya meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama dan negara. Selain itu, program ini juga diharap dapat membendung gejala sosial serta kes jenayah dalam kalangan belia. Turut diselitkan slot ‘Belia Tolak Ekstremisme’ bersama Bahagian E8 Counter Terrorisme IPK Terengganu.
Pelaksanaan program ini juga adalah bagi merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam melahirkan belia yang mempunyai nilai-nilai jati diri yang tinggi, berpengetahuan, prihatin serta bertanggungjawab.
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Encik Jawahir Bin Abdullah, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu. Turut hadir, Tuan Haji Rosmadi bin Nasir Timbalan PPD Setiu, Encik Bharu bin Bakar@Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu, Puan Hajah Jamilah Binti Mat , Pengetua Sek. Men. Agama Setiu, dan En. Che Shafie bin Che Hanafi, Timbalan Pengerusi MBD Setiu.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terutamanya pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu yang banyak membantu serta memberi sokongan dalam penganjuran program kali ini.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#JBSNKomited
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#rakanmuda
#teampbsdsetiu
#kembelia
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT