TERENGGANU, 28 NOVEMBER 2024 (KHAMIS) - Program Inspire Eksplorasi Peringkat Negeri Terengganu 2024, Antara Objektif utama pelaksanaan program ini dilaksanakan adalah melahirkan golongan OKU yang memiliki yang kental dan positif, daya ketahanan fizikal yang lasak serta bermotivasi tinggi dalam menghadapi cabaran hidup. Memberikan galakan, pengiktirafan dan hak sama rata dalam pembangunan sukan dan rekreasi kepada golong OKU di Malaysia. Selain itu, dapat memberikan pengetahuan dan perkara asas rekreasi luar.
Keseluruhan penyertaan peserta seramai 55 orang yang melibatkan 8 daerah di negeri terengganu. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dari 19 - 21 November 2024.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek selaku Penolong Pengarah Jabatan Belia Sukan Negeri Terengganu, turut hadir sama Tuan Haji Kamarudzaman bin Daud selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, serta En Fakruddin bin Zakaria selaku Pengerusi Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON)
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 179
