- JBS Terengganu
- Hits: 40
TERENGGANU TUAN RUMAH KEJOHANAN LAWN BOWLS KEBANGSAAN 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 40
KUALA NERUS, 27 OGOS 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu yang juga Penaung Diraja Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), berkenan merasmikan Kejohanan Lawn Bowls Kebangsaan 2025 di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 25 Ogos 2025.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Adam Adli Abd Halim, serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi Mohamad.
Kejohanan edisi 2025 ini mempertandingkan empat acara bagi kategori lelaki dan wanita dengan keseluruhan lapan pingat emas menjadi rebutan. Ia berlangsung dari 24 hingga 31 Ogos 2025 dan menghimpunkan atlet terbaik dari seluruh negara.
Presiden PLBM, Datuk Awalan Abdul Aziz, dalam ucapannya berkata:
“Secara keseluruhan, tahun 2025 merupakan antara tahun terbaik dari segi pencapaian dan pembangunan sukan Lawn Bowls di Malaysia.”
Antara kejayaan yang dibanggakan termasuk pencapaian skuad negara yang muncul Juara Keseluruhan Asian Lawn Bowls Championship 2025 di Clark, Filipina dengan meraih 7 pingat emas, selain mengekalkan kecemerlangan di Lion City Cup, Singapura.
Sementara itu, YB Adam Adli dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada PLBM kerana Malaysia dipilih menjadi tuan rumah sulung Piala Dunia Lawn Bowls 2025. Beliau menegaskan:
“Kementerian Belia dan Sukan memberi jaminan untuk membantu penganjuran dari pelbagai sudut bagi memastikan Malaysia mampu menganjurkan kejohanan berkelas dunia ini.”
Piala Dunia tersebut dijadual berlangsung di Arena Lawn Bowls, Bukit Kiara, Kuala Lumpur dari 4 hingga 8 November 2025.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#RakanMuda
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT