PROGRAM INSPIRE iTALENT SIRI 2 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

BESUT, 27 OGOS 2025 - Program Inspire iTalent Siri 2 telah berlangsung di Dewan Terbuka Kompleks Rakan Muda Daerah Besut & Trek Olahraga SMK Nasiruddin Shah, Besut Terengganu dengan meriah, menghimpunkan bakat-bakat baharu dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dari daerah Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.

Penganjuran program ini bertujuan mencungkil potensi atlet OKU dari peringkat akar umbi, menggalakkan penglibatan aktif golongan OKU dalam bidang sukan, serta memastikan mereka tidak terpinggir daripada arus pembangunan sukan negara.  

  Aktiviti Utama Program Inspire iTalent adalah
- Talent Identification (Pencarian Bakat Sukan OKU)
- Ujian asas kecergasan & motor skill (lari pecut, lompat, balingan).
- Ujian ketahanan dan koordinasi untuk mengenal pasti potensi dalam sukan tertentu.

Serta pendedahan kepada Acara Sukan

Program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu serta Persatuan Sukan Orang Kurang Upaya Negeri Terengganu (PESRON).

Turut hadir Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan), JBS Negeri Terengganu dan Encik Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut.

  Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, jurulatih, pengiring, ibu bapa serta urus setia yang telah menjayakan program ini!

  Teruskan menyokong pembangunan sukan OKU di Negeri Terengganu!

#InspireiTalent
#JBSNTerengganu
#SukanUntukSemua

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search