KURSUS SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) - TAHAP ASAS, PERINGKAT ZON TIMUR

KUALA TERENGGANU, 1 SEPTEMBER 2025 - Kursus Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) – Tahap Asas, Peringkat Zon Timur telah berlangsung pada 28 – 30 Ogos 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Program ini telah melibatkan seramai 40 orang peserta belia dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan yang telah diberi pendedahan melalui pelbagai modul kesukarelawanan yang merangkumi:

* Pengenalan kepada Kesulerawanan & etika Sukarelawan & Jaringan dan Asas Pemetaan Sosial
* Psikologi First Aid
* Pengurusan Bencana
* Fungsi dan Amali Sukarelawan dalam Pengurusan Bencana
* Budaya, Nilai Konflik dan Penyelesaian dalam Sukarelawan
* Sesi Perkongsian Sukarelawan
* Asas Bantu Mula
* Asas Perkhemahan, Konservasi dan Ikatan
* Pengenalan dan Simulasi kepada Pengurusan Acara
* Pengenalan dan Simulasi kepada Pengurusan Sukan

Terima kasih kepada semua peserta dan pihak penganjur yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat kesukarelawanan terus subur dalam kalangan belia Malaysia!   

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Turut hadir, En. Dharzuki bin Daud @ Zakaria, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara dan En. Ahmad Kamarulisham bin Md Kassim, Pengerusi Satria Mivec.
SATRIA Sedia, JBSN Komited!  

#TeamKBS #TeamJBSN #TeamJBSNT #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #SATRIA #RakanMuda #RakanPrihatin

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search