PENYERAHAN CEK CURA GERAN PADANAN SUKAN BAGI PENINSULAR SAFARI CHALLENGE 2025

KUALA NERUS, 30 OGOS 2025 – Majlis penyerahan Cek Cura Geran Padanan Sukan KBS berjumlah RM305,000.00 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negara mewakili Menteri Belia dan Sukan, kepada Encik Mohd Khairol Nizam Mohd Ibrahim Khan, Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia. Turut hadir, Puan Hartini A. Jabbar, Pengarah Cawangan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Encik Muhammad Muzzammil Mokhtar, Presiden Pacuan Empat Roda Negeri Terengganu.

Program Peninsular Safari Challenge Grand Finale 2025 anjuran Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia berlangsung dengan penuh meriah di Bandar Baru Kuala Nerus, Terengganu dengan penyertaan 22 kenderaan pacuan empat roda dari seluruh negara yang layak ke sirkit akhir.

Program yang bermula sejak Khamis itu turut menghimpunkan komuniti kenderaan 4×4 dari seluruh negara, menjadikannya bukan sahaja medan persaingan, malah platform penyatuan peminat sukan lasak 4x4.

Kejohanan berimpak tinggi ini menguji kemahiran pemanduan dan ketahanan fizikal para peserta, di samping berperanan memupuk semangat perpaduan, membina jati diri serta memperkasakan budaya sukan lasak dalam kalangan generasi muda. Penyertaan peserta wanita juga menyerlah apabila mereka membuktikan kemampuan bersaing dalam arena sukan ekstrem ini.

Selain menjadi pentas sukan, penganjuran kejohanan ini turut memberi impak positif terhadap pembangunan ekonomi setempat serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi utama bagi penganjuran sukan lasak bertaraf antarabangsa.
Menurut YBrs. Encik Abd Aziz Abd Rahman, penganjuran Peninsular Safari Challenge bukan sahaja menarik minat keluarga untuk hadir memberi sokongan kepada para peserta, malah turut memberi manfaat besar dari aspek teknikal, penyediaan logistik serta limpahan ekonomi kepada pengusaha kecil, penyedia homestay, bengkel kenderaan dan pembekal alat ganti di kawasan setempat.

Sebelum pentas akhir di Kuala Nerus, siri cabaran ini telah berlangsung di beberapa lokasi terpilih iaitu:
  Siri 1 - Kemunting, Perak (4–6 Julai 2025)
  Siri 2 - Merlimau, Melaka (18–20 Julai 2025)
  Siri 3 - Sungai Buloh, Selangor (1–3 Ogos 2025)
  Siri 4 - Presint 6, Putrajaya (15–17 Ogos 2025)
  Grand Finale - Kuala Nerus, Terengganu (29 Ogos 2025)

Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan pihak penganjur atas kejayaan penganjuran ini.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

#GeranPadananSukanKBS
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamJBSNT

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search