- JBS Terengganu
- Hits: 13
KUNJUNG HORMAT KELAB BOLA TAMPAR KOTA PUTERA KEPADA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH BESUT
- JBS Terengganu
- Hits: 13
BESUT, 27 OGOS 2025 – Kelab Bola Tampar Kota Putera yang baru ditubuhkan telah mengadakan kunjung hormat kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut, Encik Yusof bin Mat Nor hari ini.
Dalam pertemuan ini, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut telah menyampaikan ucapan tahniah atas kelulusan penubuhan kelab tersebut. Beliau turut menitipkan pesanan serta nasihat berhubung aspek pengurusan kelab, pelaksanaan program dan penyediaan laporan agar perjalanan kelab lebih teratur dan berkesan.
Kelab ini juga telah menerima sokongan melalui Dana Sukan Komuniti KBS bagi melaksanakan program-program pembangunan bola tampar di kawasan setempat.
Kunjungan ini dihadiri oleh Pengerusi dan Setiausaha Kelab Bola Tampar Kota Putera.
Diharapkan dengan adanya penubuhan kelab ini, sukan bola tampar di daerah Besut akan terus berkembang serta mampu melahirkan lebih ramai bakat baharu pada masa akan datang.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDBesut
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT