- JBS Terengganu
- Hits: 23
PROGRAM RAKAN DEMOKRASI : KLINIK DEMOKRASI PERINGKAT DAERAH MARANG SIRI 2/2025
- JBS Terengganu
- Hits: 23
MARANG, 7 SEPTEMBER 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang telah melaksanakan Program Rakan Demokrasi : Klinik Demokrasi Siri 2 Peringkat Daerah Marang 2025 bertempat di Dewan Tertutup JKR, Marang. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan atau pendedahan awal berkenaan sistem pentadbiran dan asas berkerajaan kepada belia, memberi pengetahuan tentang bagaimana proses pendemokrasian dan pilihanraya di Malaysia kepada belia menggunakan laras bahasa orang awam.
Seramai 90 orang peserta telah menyertai program ini. Slot ilmu ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Wan Rohila Ganti binti Wan Abdul Ghapar, Timbalan Dekan(Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni, Universiti Sultan Zainal Abidin.
Melalui program ini, diharapkan lebih ramai belia di daerah Kuala Terengganu dapat membentuk minda tentang pentingnya ilmu kenegaraan yang autentik dan peka dengan dasar-dasar kerajaan madani agar menjadi panduan dalam membuat keputusan rasional dalam pilihanraya. Program Rakan Demokrasi : Klinik Demokrasi SIRI 2 disertai 5 buah sekolah dalam Daerah Marang Dan 2 Pusat Latihan Teknikal iaitu ADTEC JTM @ ILP Marang Dan Terengganu Development Skills Centra, Tesdec.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dan diiringi oleh YBrs. IR.TS Muhammad Nazrin bin Ruslan, Jurutera Awan (Jalan) JKR Marang, YBrs. En.Noor Hisyam bin Hamid, Pen PPD Unit Permulihan Khas Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Marang, YBrs. En. Noor Hisham bin Mohamad, Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu ,YBrs. Puan Siti Nor Ahya-Hydayah binti Ahmad, Pegawai Belia Dan Daerah Marang dan Y.Brs Saudara Rifhan bin Noor Din, Pengerusi Majlis Belia Daerah Marang serta guru-guru Tingkatan Enam.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDMarang
#RakanDemokrasi
#KlinikDemokrasi
#Demokrasi
#JPNT
#ppdmarang
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT