- JBS Terengganu
- Hits: 259
TIGA PULUH LIMA ORANG SUKARELAWAN SATRIA KEMAMAN BANTU BERSIHKAN KAWASAN TERJEJAS RIBUT
KEMAMAN, 27 OKTOBER 2024 (KHAMIS) - Ribut petir dan hujan batu yang melanda daerah Kemaman pada petang semalam (23 Oktober 2024) telah mengakibatkan banyak kerosakan yang berlaku dan menyebabkan lebih kurang 160 buah rumah terjejas teruk akibat fenomena tersebut. Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Sekolah Menengah Agama Al-Falah yang terletak di Jalan Padang, Chukai, Kemaman.
Bertindak daripada situasi yang berlaku Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu mengambil langkah proaktif dengan mengerakkan sukerelawan Satria melalui program Rakan Prihatin: Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Kemaman Siri 2/2024. Seramai 35 orang sukarelawan yang berdaftar dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman telah hadir bersama-sama dengan pihak Pejabat Daerah Kemaman, Majlis Daerah Kemaman, Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kemaman dan sukarelawan lain untuk membersihkan kawasan sekolah yang terjejas teruk akibat ribut petir dan fenomena hujan batu yang telah melanda daerah tersebut.
Program tersebut turut hadir oleh Pegawai Daerah Kemaman, Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab yang turut sama-sama turun padang meninjau proses gotong-royong yang di adakan bersama Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman, Encik Muhamad Zulhelmi Hisham bin Rozlan pada 24 Oktober 2024 (Khamis) lepas.
Semoga dengan usaha kecil daripada Skuad Sukarelawan Satria ini mampu meringankan keperitan yang dihadapi oleh masyarakat setempat akibat daripada bencana yang melanda mereka. Kesungguhan dan solidariti yang ditunjukkan oleh para sukarelawan Satria dalam program ini walaupun dalam waktu dan hari bekerja menunjukkan bahawa elemen komitmen dan sifat kemanusian yang ditekankan dalam program kesukarelawanan KBS ini bertepatan dalam konteks kesejahteraan negara dan rakyat dengan menawarkan nilai murni dalam institusi kemasyarakatan seperti kesukarelawanan, kasih sayang, toleransi, empati serta pengorbanan.
DISEDIAKAN OLEH:
PBSD KEMAMAN
DISEDIAKAN OLEH:
PBSD KEMAMAN
- JBS Terengganu
- Hits: 259
