MALAM GALA CYCLING TOUR ASEAN SOLIDARITY 2025 MELABUHKAN TIRAI

KUALA TERENGGANU, 12 OGOS 2025 - Alhamdulillah, tirai Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025 dilabuhkan dengan penuh meriah menerusi Malam Gala yang diadakan sebagai penutup rasmi program.
Sambil menikmati santapan malam, para jemputan dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional “Gemalai Cilik Tok Jembal” oleh pelajar-pelajar berbakat di bawah bimbingan jurulatih Tunas SUKTRA, anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.
Majlis turut menayangkan video rangkuman perjalanan program yang membangkitkan kembali memori sepanjang siri jelajah ini.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, diikuti dengan penyampaian cenderamata kepada wakil delegasi ASEAN yang hadir dari:
  Brunei Darussalam
  Kingdom of Cambodia
  Republic of Indonesia
  Republic of the Union of Myanmar
  Kingdom of Thailand
  Socialist Republic of Vietnam
Majlis diakhiri dengan sesi fotografi kenangan bersama para tetamu jemputan, peserta dan delegasi yang telah memeriahkan lagi acara ini.
  Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini, semoga semangat perpaduan ASEAN terus subur di masa hadapan!   
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan KBSMalaysia JBSNegara Rakan Muda
#CyclingTourASEANSolidarity2025
#BeliaBersamaASEAN
#NegeriTerengganu
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#ASEAN

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search