- JBS Terengganu
- Hits: 56
PROGRAM LITERASI KEWANGAN BELIA PERINGKAT DAERAH BESUT 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 56
BESUT, 13 OGOS 2025 - PROGRAM LITERASI KEWANGAN BELIA PERINGKAT DAERAH BESUT 2025
Tarikh : 12 Ogos 2025
Tempat : Kolej Vokasional Besut
Seramai 80 orang telah menyertai Program Literasi Kewangan Belia Peringkat Daerah Besut 2025. Program ini memberi pendedahan kepada belia tentang asas pengurusan kewangan peribadi seperti bajet, simpanan, pelaburan dan pengurusan hutang serta meningkatkan kesedaran belia terhadap kepentingan perancangan kewangan jangka panjang.
Program ini adalah dengan kerjasama Financial Education Network (FEN) dan Penceramah terdiri daripada KWSP, AKPK, Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC), Malaysian Takaful Association (MTA), Bank Negara dan Bank Simpanan Nasional.
Turut hadir sebagai pegawai pemantau En. Shahrul Azmin bin Roslan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Cawangan pembangunan ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Majlis penutup disempurnakan oleh En. Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut.
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDBesut
#RakanMuda
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT