MAJLIS PENUTUP TERENGGANU INTERNATIONAL AIR FESTIVAL 2025 & PENYERAHAN GERAN PADANAN SUKAN (GPS)

BESUT, 10 Ogos 2025 – Majlis Penutup Terengganu International Air Festival 2025 telah berlangsung meriah di Besut Paragliding Park, Bukit Bubus dengan penyertaan seramai 68 peserta dari dalam dan luar negara.
Majlis turut diserikan dengan acara penyampaian hadiah serta penyerahan Geran Padanan Sukan (GPS) berjumlah RM105,000.00 kepada Kelab Luncur Udara 3A Bukit Bubus.
Penyampaian hadiah dan penyerahan geran tersebut telah disempurnakan oleh Puan Junainah binti Mohd Zaid, Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mewakili Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Turut bersama, Encik Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan Haji Fahami bin Haji Zakaria, Presiden Kelab Luncur Udara 3A Bukit Bubus.
Penganjuran festival ini bukan sahaja menjadi platform mengembangkan sukan udara di peringkat antarabangsa, malah memperkukuh peranan Terengganu sebagai destinasi utama sukan luncur udara di Malaysia.
Dengan sokongan berterusan daripada kerajaan, komuniti sukan dan pihak swasta, diharapkan sukan luncur udara dapat terus berkembang sekali gus memberi impak positif terhadap sektor pelancongan, ekonomi setempat, dan penyertaan belia dalam aktiviti lasak yang sihat.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDBesut
#RakanMuda

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search