TAKLIMAT PENYELERASAN KONTINJEN DAERAH BESUT BAGI LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

BESUT, 11 Ogos 2025 (Isnin) – Taklimat Penyelarasan Kontinjen Daerah Besut bagi Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat di bawah pimpinan Encik Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut. Taklimat ini bertujuan memastikan segala persediaan, strategi, dan penyelarasan pasukan berjalan lancar sebelum kejohanan bermula.
Dalam ucapannya, Encik Yusof menyeru semua atlet dan pegawai kontinjen supaya mengekalkan disiplin tinggi, semangat kesukanan yang jitu, serta menjadikan kejohanan kali ini sebagai medan untuk mengharumkan nama Daerah Besut di persada negeri.
"Kita datang bukan sekadar untuk bertanding, tetapi untuk membuktikan bahawa semangat juang, kesepakatan, dan usaha gigih akan membawa kita ke puncak kejayaan," tegas beliau.
Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2025 ini dijadualkan berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dan bakal menyaksikan penyertaan daripada semua daerah di Terengganu. Harapan tinggi diletakkan agar Kontinjen Besut mampu mencipta rekod cemerlang, membawa pulang kejayaan, dan menjadi kebanggaan seluruh warga daerah.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDBesut
#RakanMuda
#lsk2025

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search