PROGRAM DI BAWAH INISIATIF DANA SUKAN KOMUNITI: JUNIOR FOOTBALL LEAGUE 2025 ANJURAN KALONG MAJU FOOTBALL CLUB (KMFC)

KEMAMAN, 18 OGOS 2025 - Telah berlangsungnya Program di bawah Inisiatif Dana Sukan Komuniti: Junior Football League 2025 anjuran Kalong Maju Football Club (KMFC) bertempat di Padang Kampung Teluk Kalong, Kemaman pada 15-16 Ogos 2025. Kejohanan ini melibatkan penyertaan Tahap 1 (umur 7-9 tahun) dan Tahap 2 (10- 12 tahun) dengan purata penyertaan lebih 200 orang pemain.
Dengan adanya medium penganjuran ini, secara tidak langsung adalah untuk membangunkan dan memupuk bakat muda dalam sukan bola sepak, menyediakan platform untuk pemain muda menimba pengalaman, membina keyakinan diri, dan mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat. Ia juga bertujuan untuk membentuk pemain yang berkualiti, membina rangkaian antara akademi dan kelab, serta menyumbang kepada kesinambungan liga dan kejohanan yang sedia ada.
Majlis penutup dihadiri oleh En. Muhamad Zulhelmi Hisham bin Rozlan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Cikgu Mohd Zailani bin Ismail @ Che Mat, Guru Besar SK Teluk Kalong, Kemaman dan Zakaria bin Abu Bakar, Pengerusi KMFC serta barisan penaja kejohanan tersebut.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#rakanmuda
#dsk2025
#kemaman

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search