KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN SOFBOL TERENGGANU KE ATAS PENGARAH JBSN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 24 OGOS 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Sofbol Terengganu yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Encik Muhammad Masri bin Malek @ Maaroff pada 18 Ogos 2025 yang lalu. Turut hadir ialah Setiausaha Kehormat, Puan Foo Wai Choo dan Penolong Setiausaha, Encik Mohd Ayub Aizat bin Aman Shah.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah JBSNT. Turut hadir Encik Mohd Fais Bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Sukan dan Encik Mohd Effendy bin Ibrahim, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBSNT.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan kerjasama strategik, hala tuju serta peluang pembangunan sukan sofbol di Negeri Terengganu. Dalam sesi tersebut, pihak persatuan turut membentangkan perancangan dan aktiviti bagi tahun 2025/2026.

Sukan sofbol kini semakin mendapat perhatian apabila telah dipilih sebagai sukan wajib tambahan untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bermula dengan edisi Selangor 2026. Justeru, kunjungan ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh kerjasama serta mempersiapkan atlet Terengganu untuk menghadapi cabaran tersebut.

JBSNT menegaskan komitmen untuk terus menyokong pembangunan sukan di peringkat negeri, termasuk memperkukuh jaringan kerjasama bersama persatuan-persatuan sukan tempatan demi melahirkan lebih ramai atlet berbakat serta membudayakan sukan untuk semua.

#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#RakanMuda

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-02-2026, 13:35:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search