PROGRAM RAKAN MAHIR: RAKAN MUDA AGROPRENEUR: SISTEM FERTIGASI PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2025

DUNGUN, 12 OGOS 2025 - Program Rakan Mahir: Rakan Muda Agropreneur : Sistem Fertigasi Peringkat Daerah Dungun 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 2 Ogos 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Al-Hikmah, SMK Jerangau.
Program ini menghimpunkan seramai 100 orang belia dari pelbagai latar belakang dengan objektif untuk memberi pendedahan awal kepada dunia pertanian terutamanya dalam bidang sistem fertigasi, yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan agropreneur muda.  
Sepanjang program ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu asas pertanian, teknik pertanian bandar, asas fertigasi serta penyediaan baja dan racun organik.
  Semua slot ilmu telah dikendalikan oleh penceramah jemputan dari Pejabat Pertanian Daerah Dungun yang berpengalaman dan mesra belia.   
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Zulkarnain bin Yahya, Pegawai Unit Pengupayaan Pembelajaran Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Dungun mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Dungun.
Turut hadir menjayakan majlis ialah
Puan Wan Norhayati binti Wan Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun
Cik Musliza Salwa binti Othman, Pegawai Pertanian Daerah Dungun
Tuan Haji Mohd Saidy bin Mat Sidek, Pengetua SMK Jerangau
Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Dungun, Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dan SMK Jerangau.
Semoga program ini menjadi titik tolak kepada pembangunan agropreneur muda di Dungun dan seterusnya membuka peluang kerjaya dalam sektor agromakanan yang lebih inovatif dan mampan.   
#RakanMahir
#AgropreneurMuda
#BeliaTani
#KBSDungun
#MalaysiaMadani
#PertanianModen
#Fertigasi2025

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search